Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua tahanan larikan diri diburu
  • JENAYAH
  • MAHKAMAH

Dua tahanan larikan diri diburu

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Polis sedang memburu dua lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah di Mahkamah Kuching sekitar 11.30 pagi pada 7 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee berkata, kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Mohd Hissyalezwan Abd Zamri, 27, dari Kampung Hilir, Serian manakala Muhammad Nasrie Razali, 25, dari Kampung Baru, Kota Samarahan.

Kedua-dua tahanan terbabit masih dalam tempoh perbicaraan bagi kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berkaitan samun berkumpulan tanpa senjata api.

“Mana-mana individu yang melindungi atau membantu kedua-dua suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 225(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun serta denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta segera menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kanan ASP Chris Olsen Anak Ramlee di talian 013-8607572.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Imej ejen insurans tercemar, jadi mangsa buli siber
Next: Dalang sindiket menyamar jadi ‘mangsa’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.