Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua suspek pergaduhan di Trusan berjaya ditahan polis
  • JENAYAH

Dua suspek pergaduhan di Trusan berjaya ditahan polis

Utusan Sarawak 5 hours ago
SERANG BERSENJATA… Dua suspek lelaki positif dadah syabu ditahan berikutan kes pergaduhan di Trusan, Lawas. Foto IPD Lawas

LAWAS: Dua suspek telah ditahan berhubung kejadian pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan di kawasan Trusan, baru-baru ini.

Pergaduhan tersebut dilaporkan melibatkan tiga individu dan mengakibatkan seorang mangsa cedera parah di rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, memberitahu bahawa pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 7.58 malam, Jumaat lepas.

“Menurut laporan, sepupu pengadu diserang oleh tiga individu dikenali menggunakan senjata tajam dan mengalami cedera parah di rusuk kiri. Mangsa segera dibawa ke Hospital Lawas untuk rawatan,” katanya.

Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis berjaya menahan dua suspek yang terlibat untuk siasatan lanjut di Balai Polis Lawas.

Suspek pertama lelaki tempatan berusia 54 tahun yang bekerja sebagai buruh dan mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Suspek kedua lelaki tempatan berusia 34 tahun, juga bekerja sebagai buruh, dan semakan mendapati tiada rekod kesalahan lampau.

Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine.

Siasatan awal polis mendapati pergaduhan itu berpunca daripada hal peribadi antara mangsa dengan suspek yang masih bebas. Usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama 7 hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes ini segera dan diminta tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan atau menimbulkan kegusaran awam.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua wanita, seorang lelaki ditahan terlibat judi dalam talian di Lawas
Next: Polis giat jalankan siasatan tembakan di premis bank Jalan Lanang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.