Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua suspek kes dadah ditahan dalam Op Tapis Khas
  • JENAYAH

Dua suspek kes dadah ditahan dalam Op Tapis Khas

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEMERIKSAAN pihak polis ke atas suspek lelaki tempatan telah menemukan tujuh paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 8.45 gram. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berusia lewat 50-an dan seorang wanita lewat 20-an ditahan oleh Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu dalam satu operasi khas memerangi penyalahgunaan dadah, semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, serbuan yang diketuai Inspektor Harper Kenol itu dilaksanakan menerusi Op Tapis Khas di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Batu Angus, Engkilili.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek lelaki tempatan membawa kepada penemuan tujuh paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki Methamphetamine dengan anggaran berat 8.45 gram.

Selain itu, ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati kedua-dua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine.

Siasatan lanjut turut mengesahkan kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan jenayah lain.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing digesa menyalurkannya melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ditalian 012-208 7222) atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak (017-592 9211).

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Remaja warga asing ditahan positif dadah di Lawas
Next: Wanita warga emas rugi RM706,000 akibat penipuan panggilan telefon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.