Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua suspek dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Lubok Antu
  • JENAYAH

Dua suspek dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Lubok Antu

Utusan Sarawak 2 hours ago
Pemeriksaan polis menemui tiga paket plastik lutsinar dan satu paket biru berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 3.48 gram dalam poket seluar dan beg sandang seorang suspek. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Dua lelaki berumur 30-an ditahan dalam Op Tapis Khas oleh Team Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di dua lokasi berbeza di Jalan Lubok Antu, semalam.

Pemeriksaan polis menemui tiga paket plastik lutsinar dan satu paket biru berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 3.48 gram dalam poket seluar dan beg sandang seorang suspek.

Ujian awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine. 

Kedua-duanya juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

IPD Lubok Antu menegaskan komitmen untuk terus membanteras kegiatan dadah bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah boleh menghubungi Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sarawak 017-592 9211.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JKDM Sibu rungkai sindiket minuman keras, enam kontena dirampas
Next: Polis Lawas tahan tiga suspek kes dadah, curi motosikal dan penipuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.