Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua stor musnah dalam kebakaran di Jalan Ulu Sungai Dijih
  • KEBAKARAN

Dua stor musnah dalam kebakaran di Jalan Ulu Sungai Dijih

Utusan Sarawak 11 hours ago
DUA stor rumah panjang di Jalan Ulu Sungai Dijih di sini musnah sepenuhnya dalam satu kejadian awal pagi tadi. Foto PGO

SELANGAU: Dua stor di belakang sebuah rumah panjang di Jalan Ulu Sungai Dijih di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau segera dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.21 pagi.

“Setibanya di lokasi, kebakaran didapati melibatkan dua stor tidak kekal di bilik stor nombor 11 dan 12 dengan anggaran keluasan 20×10 kaki persegi.

“Kedua-dua struktur itu telah terbakar 100 peratus namun api tidak merebak ke rumah panjang berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 500 kaki dengan dua nozel, air tangki serta pam jentera bagi mengawal api daripada merebak ke stor lain dan rumah panjang.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pada 5.30 pagi,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan sebuah kediaman di Kampung Wawasan Rajawali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.