Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dua stesen petrol di Bekenu kehabisan RON95, penduduk terjejas
  • SEMASA

Dua stesen petrol di Bekenu kehabisan RON95, penduduk terjejas

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIADA MINYAK… Kelihatan kenderaan yang berbaris untuk membeli petrol di Stesen Minyak Shell dan Petronas di Bekenu hari ini.

BEKENU: Dua stesen petrol di Bekenu dilaporkan kehabisan bekalan petrol RON95 sejak beberapa hari lalu, sekali gus menjejaskan pergerakan penduduk setempat yang ingin melakukan perjalanan jauh.

Tinjauan Utusan Sarawak petang ini mendapati kedua-dua stesen iaitu Shell dan Petronas masih beroperasi seperti biasa berikutan bekalan minyak diesel masih mencukupi setakat ini.

Seorang penduduk, Maga Liew berkata, beliau terpaksa mendapatkan bekalan petrol di Simpang Bekenu bagi meneruskan perjalanan ke Bintulu.

SABAR TUNGGU GILIRAN… Kelihatan pelbagai jenis kenderaan berbaris untuk membeli petrol di Stesen Minyak Petronas di Simpang Bekenu hari ini.

“Keadaan ini membantutkan pergerakan ramai penduduk. Bagi yang ingin pergi jauh, mereka terpaksa membeli petrol di Simpang Bekenu,” katanya ketika ditemui.

Tinjauan lanjut di Simpang Bekenu turut mendapati barisan kenderaan yang panjang apabila orang ramai berpusu-pusu mendapatkan bekalan RON95 di kawasan tersebut.

Menurut seorang pekerja di stesen Shell Bekenu, pihaknya sebelum ini telah mengambil langkah menghadkan pembelian RON95 kepada RM20 bagi setiap kenderaan sejak empat hari lalu.

“Kami terpaksa menghadkan pembelian bagi memastikan bekalan dapat dikongsi secara adil kepada semua pengguna.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana penghantaran bekalan minyak dijangka tiba esok,” jelasnya.

Sementara itu, seorang pekerja di stesen Petronas Bekenu memaklumkan bahawa bekalan RON95 di stesen berkenaan telah habis sejak lima hari lalu.

Situasi kekurangan bekalan ini dijangka pulih dalam masa terdekat sebaik sahaja penghantaran baharu bagi April ini tiba bagi memenuhi permintaan pengguna di kawasan tersebut.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, angin kencang di kebanyakan negeri hingga 6.00 petang ini
Next: Inkues Zara Qairina: Dua lagi doktor pakar dijangka beri keterangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.