Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua sepupu maut, motosikal rempuh belakang lori
  • KEMALANGAN

Dua sepupu maut, motosikal rempuh belakang lori

Utusan Sarawak 4 months ago
DUA sepupu maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah lori. 

KUCHING: Dua sepupu maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Pelabuhan di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah, kedua-dua lelaki berumur 18 dan 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal yang datang dari arah Jalan Pending menuju ke Jalan Bako merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.

“Pemandu lori berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Muhamad Amirul Azami Ahmad Rasol di talian 016-8593994 atau 082-259900 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu tersepit dalam kemalangan dilaporkan selamat
Next: Sarawak catat 362 kes kemalangan maut tahun lalu, punca utama kecuaian pemandu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.