Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua sekolah mubaligh DUN Batu Kitang terima geran UNIFOR
  • TEMPATAN

Dua sekolah mubaligh DUN Batu Kitang terima geran UNIFOR

Utusan Sarawak 8 months ago

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) komited untuk meningkatkan kemudahan pendidikan sekolah mubaligh di negeri ini.

Komitmen itu dizahirkan menerusi pemberian geran kepada dua sekolah mubaligh di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) St David, Kampung Bumbok dan SK Sacred Heart, Kampung Semeba.

Unifor memperuntukkan RM110,000 untuk SK St David manakala SK Sacred Heart menerima RM138,000.

Majlis penyerahan geran itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang di dua sekolah tersebut, hari ini.

Menurut Lo, pemberian geran ini bertujuan untuk memperbaiki kemudahan pendidikan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar.

“Sumbangan ini merupakan bukti dedikasi kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan dan menyokong sekolah misi di rantau ini,” ujarnya.

Oleh Rynna Sha’erra

Continue Reading

Previous: Parkir valet RM15 sekali masuk untuk orang ramai di Hospital Umum 
Next: Tarik pelaburan RM15.4 bilion jadikan Sama Jaya pemacu utama pertumbuhan ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.