

MIRI: Dua rumah dan sebuah kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Wireless di sini, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 petang sebelum menggerakkan pasukan dari BBP Miri, BBP Lopeng dan BBP Lutong ke lokasi kejadian.
“Setibanya jentera pertama pada 5.40 petang, kebakaran didapati melibatkan dua rumah dan sebuah kedai jenis struktur tidak kekal yang telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.
Kerja-kerja pemadaman serta kawalan api sedang diteruskan setakat laporan ini diterima.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Oleh Liong Chai Ling