Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua rumah musnah dalam kebakaran awal pagi di Bintulu
  • KEBAKARAN

Dua rumah musnah dalam kebakaran awal pagi di Bintulu

Utusan Sarawak 5 days ago

MUSNAH…Api marak memusnahkan dua buah rumah di Jalan Kampung Baru, Bintulu, pagi tadi.

BINTULU: Dua rumah di Jalan Kampung Baru, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kebakaran didapati melibatkan dua rumah kekal setingkat berkeluasan kira-kira 40×40 kaki persegi. Salah satu rumah terbakar 100 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan pagi tadi.

Pasukan bomba bertindak memadamkan api menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua nozel dan sumber air dari pili bomba berhampiran.

Api berjaya dikawal sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan setelah keadaan benar-benar selamat.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran Pejabat Tanah dan Survei Kuching berjaya dikawal JBPM
Next: Rumah pekerja ladang sawit musnah dijilat api di Pusa, semua penghuni selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.