Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua rumah kebun musnah terbakar di Bau
  • KEBAKARAN

Dua rumah kebun musnah terbakar di Bau

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN dua rumah kebun yang musnah sepenuhnya selepas kebakaran di kawasan Sawah Sekunyit, Jalan Keranji, Bau.

BAU: Dua rumah kebun musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di kawasan Sawah Sekunyit, Jalan Keranji di sini, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan berhubung kejadian itu diterima pada 5.43 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 34 kilometer dari balai.

ANGGOTA bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian melibatkan kebakaran dua rumah kebun yang telah terbakar 100 peratus.

“Hasil pemantauan mendapati kebakaran melibatkan dua rumah kebun telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tiada operasi pemadaman dijalankan kerana kebakaran dipercayai telah berlaku lebih awal iaitu sekitar 9.00 malam tadi dan telah pun padam sebelum ketibaan pasukan bomba namun, tiada panggilan kecemasan diterima oleh BBP Bau ketika kejadian kebakaran berlaku semalam.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kipas terbakar akibat litar pintas di rumah di Lorong Wawasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.