Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Sampadi
  • KEBAKARAN

Dua rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Sampadi

Utusan Sarawak 6 hours ago
Keadaan dua rumah yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Sampadi, Lundu.

LUNDU: Dua rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Sampadi di sini, lewat malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.42 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, PBK I Iskandar Apet, tiba di lokasi kejadian pada jam 11.05 malam selepas menempuh perjalanan sejauh 24 kilometer.

“Kebakaran melibatkan dua rumah tidak kekal dengan keluasan masing-masing kira-kira 20 x 20 kaki dan 15 x 20 kaki, yang kedua-duanya terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu nozel bagi mengawal dan menghalang api daripada merebak ke sebuah rumah berhampiran.

“Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.20 malam sebelum anggota bomba meneruskan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

“Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat dan terkawal, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.49 malam,” katanya.

Seramai 10 anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan sebuah jentera bomba (FRT) dan sebuah jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat atau mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

Continue Reading

Previous: Sistem pemercik air automatik padam kebakaran kotak suis di sebuah pusat beli-belah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.