



SIBU: Dua rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Lorong Kampung Jeriah 3 di sini, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.19 petang.
Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan BBP Sibu Sentral dan BBP Sibu Jaya segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua rumah jenis struktur tidak kekal yang masing-masing terbakar 100 peratus.
“Rumah A berkeluasan 40×40 kaki persegi manakala rumah B berkeluasan 30×20 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Oleh TARANI LANTING