Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua remaja parah dalam kemalangan motosikal di Jalan Nyelong Bypass
  • KEMALANGAN

Dua remaja parah dalam kemalangan motosikal di Jalan Nyelong Bypass

Utusan Sarawak 9 hours ago

KEMALANGAN jalan raya berlaku di Jalan Nyelong Bypass, baru-baru ini.

SARIKEI: Dua remaja lelaki berumur 16 dan 18 tahun mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggang telah terlibat dengan kemalangan di Jalan Nyelong Bypass.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitenden Aswandy Anis, berkata kemalangan tersebut berlaku lebih kurang 9.45 malam, baru-baru ini. 

“Kemalangan melibatkan tiga motosikal dan sebuah kereta. 

“Kemalangan disyaki berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu oleh seorang perempuan berumur 22 tahun dari Jalan Lajung keluar ke Jalan Nyelonb Bypass, manakala tiga motosikal yang ditunggang oleh tiga orang remaja lelaki berumur 16, 17 dan 18 tahun dari Jalan Nyelong Bypass menuju ke pasar Sarikei di jalan utama. 

“Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kereta tersebut telah keluar dari simpang Jalan Lajung membelok ke kanan tanpa memberhentikan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Katanya, ketiga-tiga motosikal tersebut telah mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan beberapa kerosakan lain manakala kereta hanya pecah cermin hadapan dan kemek di bahagian tepi kanan.

“Dua penunggang motosikal yang berumur 16 dan 18 tahun telah mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan kaki manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Ketiga-tiga penunggang motosikal tersebut telah dibawa oleh pihak perubatan Hospital Sarikei pada 10.30 malam. 

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang secara cuai keluar dari simpang tanpa memberi laluan kepada pengguna lain di jalan utama,” katanya.

Namun, katanya, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Inspektor Ahmad Mustaqim di talian 010-4427240. 

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu di jalanraya bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjaga,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera kaki tersepit dalam kemalangan kendiri
Next: Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Matang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.