Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua remaja maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Kuala Baram Bypass
  • KEMALANGAN

Dua remaja maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Kuala Baram Bypass

Utusan Sarawak 2 days ago
REMUK…Keadaan kereta dinaiki mangsa remuk setelah terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan di Jalan Kuala Baram Bypass berhampiran pasar raya Emart di Miri, awal pagi tadi. Foto PDRM Miri.

MIRI: Dua remaja lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Baram Bypass, berhampiran pasar raya Emart, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar 2.30 pagi, dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

“Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh mangsa berusia 19 tahun, bersama seorang penumpang yang juga berusia 19 tahun, sedang dalam perjalanan dari arah Sungai 7 menuju ke pusat bandar Miri.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media, pagi tadi.

Mohd Farhan memaklumkan, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammad Amiruddin Hamdan di talian 018-9529957 atau 085-433400, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemaskini: 4 maut, 7 selamat dan enam orang lagi masih hilang dalam tragedi bot karam
Next: Pemancing jatuh dari bot di Pulau Lakei ditemui meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.