Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua remaja ditahan, dua motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan
  • JENAYAH

Dua remaja ditahan, dua motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DUA remaja bersama motosikal yang disita dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Kuching, awal pagi tadi.

KUCHING: Dua remaja ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan bermula 11.00 malam hingga 3.00 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu, berkata dua lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 20 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.

“Selain itu, dua motosikal turut disita kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen sama dan tindakan lanjut sedang diambil.

Sepanjang operasi itu, polis memeriksa 21 individu serta 17 kenderaan. Sebanyak 28 saman PDRM K 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Alexson berkata operasi berkenaan diadakan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini membabitkan dua pegawai kanan polis dan sembilan anggota.

Antara lokasi yang dikenal pasti sebagai tumpuan ialah Jalan Astana, Jalan Tun Abdul Rahman Yakob, Jalan Tun Salahuddin, Jalan Gersik dan Masja.

Beliau berkata operasi itu bertujuan membanteras kegiatan lumba haram selain memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram serta tidak mengubah suai struktur asal kenderaan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: SPRM tahan bekas pengarah syarikat telekomunikasi disyaki beri rasuah RM8 juta
Next: Tiga termasuk wanita warga asing ditahan dalam tiga serbuan dadah di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.