Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua rakyat Korea terbunuh dalam nahas kereta api di Portugal
  • GLOBAL

Dua rakyat Korea terbunuh dalam nahas kereta api di Portugal

Utusan Sarawak 8 hours ago
ORANG ramai berkumpul untuk melihat sisa runtuhan (bahagian atas)funikular Gloria sehari selepas nahas yang mengorbankan 16 nyawa di Lisbon, pada 4 September 2025. Nahas funikular yang berlaku pada 3 September 2025 itu mengakibatkan 16 maut dan 5 lagi cedera parah, menurut kenyataan pasukan penyelamat. Foto AFP

SEOUL: Dua rakyat Korea Selatan antara yang terkorban dalam nahas kereta api funikular di Portugal yang meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa, lapor agensi berita Yonhap.

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita, manakala seorang lagi wanita Korea Selatan masih dirawat di unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan, kata Kementerian Luar Korea Selatan pada Jumaat tanpa memberikan butiran lanjut.

Misi diplomatik Korea Selatan di Portugal sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memberi sokongan kepada mangsa yang cedera serta menghubungi keluarga mangsa terlibat.

Kemalangan itu berlaku pada Rabu apabila sebuah gerabak seperti trem di Laluan Funikular Gloria di Lisbon tergelincir, terjunam menuruni bukit dan merempuh sebuah bangunan.

Menurut laporan media, pihak berkuasa tempatan mengesahkan sekurang-kurangnya 16 kematian dan 22 kecederaan. Antara yang maut ialah lima rakyat Portugal, seorang rakyat Amerika, seorang rakyat Switzerland serta dua rakyat Korea Selatan.

Portugal mengisytiharkan hari berkabung, dengan bendera dikibarkan separuh tiang dan bunga diletakkan di lokasi kejadian sebagai tanda penghormatan.

Funikular Gloria, tarikan pelancong popular, beroperasi di cerun curam Lisbon dan menghubungkan kawasan pusat bandar dengan daerah lebih tinggi. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bekas Menteri Pendidikan Indonesia dinamakan suspek kes rasuah 
Next: 5 ahli DPR sah digantung tugas, tidak lagi terima gaji, elaun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.