Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dua rakan rompak warga emas dipenjara sembilan tahun, tiga sebatan
  • MAHKAMAH

Dua rakan rompak warga emas dipenjara sembilan tahun, tiga sebatan

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUCHING: Dua rakan dihukum penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak sepasang warga emas menggunakan parang di Bau, Ogos lepas.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu selepas Akmal Najmuddin Jeperidin, 32, dan Horyezad Hosen, 24, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap pasangan berusia lingkungan 70-an di rumah milik mangsa di Pekan Taiton, Bau pada 2.00 petang 9 Ogos lepas mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan Akmal Najmuddin dan Horyeza menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu masing-masing pada 7 dan 12 November lepas.

Menurut fakta kes, empat lelaki bertopeng dengan seorang daripada mereka membawa sebilah parang telah mengikat mangsa, isterinya, anak lelaki mangsa dan cucu perempuan mereka menggunakan pita pelekat di bahagian pergelangan tangan serta mulut.

Mangsa kemudian diarah ke bilik tidur dan membuka peti besi namun dia enggan, menyebabkan seorang daripada lelaki bertopeng bertindak menendang pinggang serta melibas parang hingga terkena di  tapak tangan kiri mangsa. 

Kumpulan itu kemudian telah menjumpai kunci dan dapat membuka peti besi milik mangsa, serta mengambil kesemua wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000.

Turut disamun ialah dua utas rantai dan cincin emas milik anak lelaki serta cucu mangsa selain dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Adriana Maisarah Mohd Farid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mahkamah benarkan Muhyiddin dapat sementara passport ke United Kingdom
Next: Bunuh abang kandung: Lelaki terlepas tali gantung dipenjara 35 tahun, 15 sebatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.