Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua projek RTP siap, tingkat kemudahan rekreasi penduduk – Sebastian Ting
  • WILAYAH

Dua projek RTP siap, tingkat kemudahan rekreasi penduduk – Sebastian Ting

Utusan Sarawak 5 hours ago
SIAP… Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew meninjau projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) diaitu Gelanggang Bola Keranjang Holiday Park dan Taman Rekreasi Jalan Lautan 2B di Miri  yang telah siap sepenuhnya, semalam.

MIRI: Dua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) diaitu Gelanggang Bola Keranjang Holiday Park dan Taman Rekreasi Jalan Lautan 2B di sini telah siap sepenuhnya dan kini dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan , Datuk Sebastian Ting Chiew Yew  berkata kedua-dua projek tersebut dibiayai menerusi peruntukan beliau berjumlah RM150,000 bagi setiap projek.

Menurut beliau, kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan bertujuan menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih selesa, selamat dan mudah diakses oleh penduduk setempat daripada pelbagai peringkat umur.

SIAP… Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew meninjau projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) diaitu Gelanggang Bola Keranjang Holiday Park dan Taman Rekreasi Jalan Lautan 2B di Miri  yang telah siap sepenuhnya, semalam.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertingkatkan kemudahan awam, menggalakkan gaya hidup sihat serta mewujudkan ruang riadah yang sesuai untuk komuniti,” katanya semasa mengadakan lawatan tapak ke kedua-dua projek berkenaan, semalam.

Sebastian Ting  turut memaklumkan bahawa kemudahan yang telah siap itu kini boleh digunakan sepenuhnya oleh orang ramai dan dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk sekitar.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan kemudahan tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan aspek penyelenggaraan sentiasa diberi perhatian, selain merancang penambahbaikan pada masa hadapan demi keselesaan pengguna.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ periksa 91 kenderaan dalam OKIM dan BTS di Sibu
Next: ADUN Lingga salur bantuan segera atasi gangguan bekalan air di SMK Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.