Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua projek RTP siap di SMK Pei Min
  • WILAYAH

Dua projek RTP siap di SMK Pei Min

Utusan Sarawak 6 hours ago
TINJAU… Adam Yii semasa meninjau Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang siap dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pei Min. 

MIRI: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pei Min merupakan projek keempat yang telah diluluskan dan berjaya disiapkan di sekolah berkenaan setakat ini.

Setiap tahun, peruntukan RTP disalurkan berdasarkan keperluan sebenar pihak sekolah bagi tujuan membaik pulih serta menaik taraf kemudahan sedia ada demi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga sekolah.

Lawatan tapak yang diadakan hari ini melibatkan dua projek RTP yang telah siap sepenuhnya, iaitu kerja menaik taraf lantai bagi tiga buah bilik darjah serta kerja pembaikan tandas asrama pelajar yang merangkumi pembaikan dinding dan kemudahan tandas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Adam Yii, berkata semua kerja yang dilaksanakan didapati mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dan berada dalam keadaan memuaskan.

“Projek ini bukan sahaja menambah baik kemudahan sedia ada, malah memberi keselesaan kepada pelajar dan warga sekolah dalam menjalani aktiviti pembelajaran harian,” katanya

Beliau turut memaklumkan bahawa semua projek RTP yang dilaksanakan mempunyai tempoh jaminan yang telah ditetapkan bagi memastikan sebarang isu dapat ditangani dengan segera.

“Selain itu, setiap projek juga mempunyai kumpulan komunikasi khas bagi memudahkan hubungan langsung antara pihak sekolah, khususnya pengetua, dengan jabatan berkaitan supaya sebarang maklum balas atau tindakan susulan dapat diselaraskan dengan lebih efektif,” tambahnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kanak-Kanak 7 tahun hilang di Bau berjaya ditemui
Next: Kebocoran gas di tapak pembinaan SK Tudan, bomba laksana langkah keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.