Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua projek RTP RM500,000 siap, tingkat kemudahan SK To Eman Nyabor
  • Selatan
  • WILAYAH

Dua projek RTP RM500,000 siap, tingkat kemudahan SK To Eman Nyabor

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SK To Eman Nyabor, hari ini. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Dua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan jumlah keseluruhan RM500,000 telah berjaya disiapkan bagi meningkatkan kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) To Eman Nyabor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek tersebut melibatkan naik taraf Dewan SK To Eman Nyabor bernilai RM200,000 serta naik taraf padang sekolah bernilai RM300,000.

Menurut beliau, pelaksanaan kedua-dua projek ini amat penting dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada warga sekolah.

DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SK To Eman Nyabor, hari ini. Foto: ADUN Kabong

“Sekolah merupakan institusi penting dalam membentuk masa depan anak-anak, dan kemudahan yang baik akan membantu proses pembelajaran berjalan dengan lebih efektif,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SK To Eman Nyabor, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut menegaskan bahawa peranan guru besar dan para guru amat besar dalam mendidik serta membentuk generasi muda yang berkualiti.

Pada masa yang sama, beliau menekankan bahawa sokongan ibu bapa merupakan pemangkin utama kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan.

DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 SK To Eman Nyabor, hari ini. Foto: ADUN Kabong

Justeru, katanya, kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa perlu sentiasa diperkukuhkan demi memastikan kecemerlangan pelajar, selain mengingatkan bahawa pendidikan merupakan satu pelaburan jangka panjang, dan anak-anak perlu didorong untuk hadir ke sekolah serta aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Dalam usaha memperkukuh pembangunan pendidikan, Chee Kadir menyatakan komitmen untuk terus menyokong penyediaan kemudahan pembelajaran yang lebih baik di kawasan tersebut.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mempelbagaikan usaha mencari dana melalui penganjuran program yang berimpak.

Pada majlis sama, Chee Kadir merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah dan jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan sambutan Aidilfitri tersebut.

Tambah beliau, sambutan Aidilfitri bukan sahaja meraikan kemenangan selepas Ramadan, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.

Sebagai acara kemuncak, Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar.

Turut hadir, Guru Besar SK To Eman Nyabor, Kiplie Ali; Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee; Yang Dipertua PIBG, Rabaie Sulai; Penghulu Wahab Samsu; Ketua Kampung Bakihan Nani serta penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PGA Sarawak rampas RM1.82 juta dalam serbuan Op Hazard 3.0 di seluruh Sarawak
Next: PDRM santuni bekas anggota terlantar di Sri Aman melalui Program Jerayawara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.