KUCHING: Kampung Sebat Dayak mula dilanda banjir susulan hujan turun tanpa henti sejak semalam dan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini dibuka di kawasan tersebut.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini , kedua-dua PPS itu dibuka pada 11.15 malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir dari kampung tersebut.
Katanya, sebuah PPS dibuka di SK Sebat bagi menempatkan seramai 39 mangsa daripada 10 isi rumah.
Tambahnya, sebuah lagi PPS dibuka di Balai Raya Kampung Sebat Dayak bagi menempatkan seramai 17 mangsa daripada tujuh isi rumah.
Oleh Mohd Neenatul Aizal