
THE HAGUE: Dua pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan kebangsaan Belanda, KLM, berlanggar di landasan tanpa menyebabkan kecederaan pada pagi Sabtu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, Belanda, lapor media tempatan.
Menurut penyiar awam Belanda, NOS, satu penerbangan baru sahaja mendarat dari Birmingham, manakala satu lagi dijadual berlepas ke Athens. Satu daripada pesawat berada dalam keadaan berhenti, manakala satu lagi sedang bergerak.
Penumpang dan kru kedua-dua pesawat dibawa kembali ke pintu perlepasan selepas kejadian. KLM berkata semua penumpang ditempatkan semula pada penerbangan lain. Kedua-dua pesawat dipindahkan ke hangar untuk pemeriksaan. KLM menyifatkan kejadian itu sebagai “sangat luar biasa”. Punca perlanggaran masih dalam siasatan.- Bernama-Xinhua