Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua pencuri kabel bernilai RM46,750 ditangkap di Loji Rawatan Air Trusan
  • JENAYAH

Dua pencuri kabel bernilai RM46,750 ditangkap di Loji Rawatan Air Trusan

Utusan Sarawak 3 hours ago
CURI KABEL… Dua suspek ditangkap kerana terlibat dalam kes kecurian kabel di Trusan, Lawas, baru-baru ini. Foto IPD Lawas

LAWAS: Polis Daerah Lawas berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 38 dan 46 tahun yang terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di kawasan Loji Rawatan Air Trusan.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata pihak polis menerima laporan 19 Januari lalu, kira-kira 3.27 petang dari syarikat yang terlibat dengan kerja-kerja di loji berkenaan.

Menurutnya, pihak syarikat memaklumkan kejadian kecurian tersebut mengakibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM46,750.

“Siasatan awal mendapati kabel yang dicuri oleh suspek telah dijual di kedai besi buruk di Tuaran, Sabah. Sepasukan polis akan digerakkan ke premis berkenaan bagi mendapatkan barang kes.

“Bagi tangkapan terbaharu ini, seramai lima suspek telah ditahan, di mana tiga suspek ditangkap pada 20 Januari lalu, bersama rampasan kabel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil ujian air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai 26 rekod kesalahan berkaitan dadah dan jenayah, manakala seorang lagi mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki dicekup dalam Ops Tapis Khas di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.