Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dua penagih terjun parit ditangkap
  • NASIONAL

Dua penagih terjun parit ditangkap

Utusan Sarawak 5 years ago
ANGGOTA AADK meminta bantuan APM membantu menaikan penagih dadah yang terjun ke dalam parit dipenuhi kiambang. • Foto BERNAMA

NIBONG TEBA:  Dua penagih dadah yang sedang menaiki sebuah motosikal bertindak terjun ke dalam parit dipenuhi pokok kiambang selepas mereka terserempak dengan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Seberang Perai Selatan (SPS) yang membuat rondaan di kawasan Nibong Tebal, di sini Khamis lepas.

Pengarah AADK Pulau Pinang Elmariah Chung berkata, dua lelaki berusia 40-an itu dilihat dalam keadaan mencurigakan dan penguat kuasa AADK SPS mengekori sebelum mengarahkan mereka berhenti namun mereka bertindak meninggalkan   motosikal dan melarikan diri ke dalam parit yang dipenuhi pokok kiambang.

“Dalam kejadian pada 9 pagi itu, penguat kuasa AADK mengarahkan dua lelaki itu untuk naik semula ke tepi jalan namun hanya penunggang sahaja berbuat demikian. Selepas 30 minit memujuk seorang lagi lelaki masih tetap enggan naik sehingga pihak kami menelefon talian kecemasan untuk memohon bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Pihak kami dengan bantuan APM berjaya menyelamatkan lelaki itu dengan menarik dia ke tebing menggunakan pelampung. Ujian air kencing mendapati dua lelaki tersebut positif dadah jenis morfin, sebab itu mereka terjun ke dalam parit penuh pokok kiambang berkenaan bagi mengelak ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, mereka disiasat mengikut   Seksyen 3(1) Akta Pemulihan Dadah 1983, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum menjalani pemulihan di institusi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) selama dua tahun atau pemulihan dalam komuniti selama dua hingga tiga tahun. – Bernama  

Continue Reading

Previous: JPJ tunggu ‘lampu hijau’ kuat kuasa CRS
Next: Rakyat Malaysia pulang jalani kuarantin wajib

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.