Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua pemaju diarah bayar RM131,441.64
  • TEMPATAN

Dua pemaju diarah bayar RM131,441.64

Utusan Sarawak 4 years ago
PERBINCANGAN… Dari kiri, Ali Abdullah, Setiausaha Tribunal, Alhadi Ibrahim, Panel, Trabawan Mandi, dan Mohd Abd Aziz Ariffin, Panel.

KUCHING: Enam pembeli rumah mendapat tuntutan sepatutnya bernilai RM 131,441.64 terhadap dua syarikat pemaju di bawah keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTRPS) semalam.
Menurut Presiden TTPRS, Trabawan Mandi, keputusan tuntutan itu dibuat setelah mendapati kedua-dua pemaju tersebut gagal untuk menyerahkan rumah kepada pembeli pada jangka masa yang ditetapkan.
“Kedua-dua syarikat pemaju yang berkaitan diarahkan untuk membayar tuntutan tersebut kepada pembeli dalam tempoh 45 hari sejurus tarikh surat penghakiman daripada tribunal dikeluarkan,” kata Trabawan.

“Kita sekarang mengikut keputusan daripada Mahkamah Persekutuan untuk membenarkan tuntutan untuk dikira dari tarikh bayaran tempahan dan bukan dari tarikh perjanjian jual beli dikeluarkan,” jelasnya.

Beliau mengarahkan satu syarikat pemaju untuk membayar RM110,070.54 kepada empat pembeli iaitu,Hwong Hoe Hing dan Ding Chiu Eng, Awang Zaidi Awang Narawi, Syarifah Nor Farah Syed Alwi dan Laurence Chai.

Manakala, satu lagi syarikat pemaju diarahkan untuk membayar sebanyak RM21,371.10 kepada dua pembeli iaitu Chan Fong Shiew bersama Chan Kuok Keung dan Jong Kian Chiong, Mok Ai Lin dan Jong Chai Khim.

Trabawan juga menjelaskan bahawa TTPRS mengikut Peraturan empat Akta Covid-19 (829) yang tidak membenarkan pembeli untuk membuat tuntutan Gantirugi Jumlah Tertentu (LAD) dari 18 Mac hingga 1 Jun 2020.

“Mana-mana tuntutan yang dilakukan pada tarikh tersebut, kita akan tolak 166 hari yang dikecualikan mengikut peraturan yang telah diwartakan.

“Bagi mana pemaju yang mahu lanjutan untuk tempoh hari tuntutan ke atas mereka untuk dikecualikan sehingga 31 Disember, mereka harus membuat permohonan bertulis kepada kementerian,” jelasnya lagi.

Oleh ASYRAF HALIM

Continue Reading

Previous: PATI, ejen diburu
Next: Penduduk Klauh Dau sekat kemasukan orang luar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.