Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua pelajar 14 tahun ditahan polis, kemudian dibebaskan dengan jaminan
  • JENAYAH

Dua pelajar 14 tahun ditahan polis, kemudian dibebaskan dengan jaminan

Utusan Sarawak 12 hours ago
SUPT Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan dua pelajar ditahan polis.

KUCHING: Dua pelajar berusia 14 tahun ditahan polis pada 10.15 semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, mengesahkan kedua-dua pelajar itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kedua-dua pelajar lelaki tersebut terbabit dalam kes buli di sebuah sekolah menengah yang didakwa berlaku pada 21 Oktober, mensasarkan seorang pelajar perempuan.

Mangsa dikatakan diugut akan dirogol dan ditikam sebanyak 300 kali, menyebabkan beliau mengalami trauma.

Mangsa diserang oleh dua rakan sekelas lelaki, seorang daripada mereka melemparkan batu ke belakang dan kepala mangsa sambil mengeluarkan ugutan lisan serta menggunakan kata-kata lucah.

Mangsa dilaporkan sangat trauma dan menangis sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah.

Ibubapa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Menurut ibubapa, mangsa kini sedang menerima kaunseling dan dijangka kembali ke sekolah menjelang akhir bulan ini.

Kedua-dua pelajar lelaki itu digantung sekolah selama tiga hari.

Irwan berkata mereka akan didakwa di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Vandalism incident at sales office in Kuching
Next: Lelaki positif dadah dicekup polis di Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.