
FRANKFURT: Dua pekerja maut selepas terjatuh daripada suatu ketinggian dalam sebuah turbin angin di barat Jerman, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), menurut polis hari ini.
Polis berkata dua lelaki berusia 32 tahun itu ketika kejadian berada dalam sangkar kerja yang terjatuh daripada bahagian atas sebuah turbin angin di Birstein timur laut Frankfurt pada pagi Rabu.
Pada awalnya tidak jelas mengapa sangkar kerja itu terjatuh. Pekerja lain mendengar kejadian itu dan menghubungi ambulans namun perkhidmatan penyelamat tidak dapat menyelamatkan dua lelaki itu. Mereka dipercayai terbunuh serta-merta.
Seorang pakar kini sedang membina semula rantaian kejadian yang tepat dan punca kemalangan di ladang angin yang dalam pembinaan.
Siasatan polis sedang dijalankan dan perkhidmatan kecemasan serta bomba turut berada di lokasi.- Bernama-dpa