Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua pekerja maut dihempap kepingan kaca
  • KEMALANGAN

Dua pekerja maut dihempap kepingan kaca

Utusan Sarawak 4 months ago

Dua maut manakala seorang cedera dalam insiden kepingan kaca hempap pekerja di sebuah kilang di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Dua pekerja maut apabila dihempap kepingan kaca dalam sebuah kontena di sebuah kilang di sini, hari ini.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 10.29 pagi dan segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap dalam kontena bersaiz 20’x10’x8.6”.

“Seorang mangsa yang cedera berada dalam keadaan sedar, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, dalam satu kenyataan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Asroy dan Aris Munandar, kedua-duanya warga Indonesia.

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan seperti cangkul, penyeduk, kapak, tukul serta bantuan jengkaut. 

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.06 petang selepas memastikan keadaan selamat.

Punca kejadian serta butiran lanjut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Continue Reading

Previous: Operasi cari warga emas ditangguh ke esok, belum ada petunjuk di lokasi 
Next: Residen Mukah santuni petugas, keluarga mangsa di pusat operasi Tanjung Manis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.