Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua pekerja ditemui mati di geladak kapal
  • KEMALANGAN

Dua pekerja ditemui mati di geladak kapal

Utusan Sarawak 2 years ago

Mayat kedua-dua mangsa sejurus berjaya dikeluarkan dari geladak bahagian bawah kapal di kawasan Jalan Bukit Lan, pagi tadi.

SIBU: Dua pekerja kapal ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam ruangan di bawah kapal di Jalan Bukit Lan di sini, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak berkata, kedua-dua mangsa, lelaki warga tempatan, Kiam Ngit, 37, dan warga asing, Dhananth Koviri, 23, diberi bantuan hasil laporan daripada orang awam.

Terdahulu, katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 10.30 pagi.

“Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba yang lengkap berpakaian sut perlindungan diri (PPE) mendapati dua mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruangan geladak bahagian bawah kapal berkenaan.

“Pasukan penyelamat kemudian membawa kedua-dua mangsa ke pintu utama kapal dan menggunakan khidmat jengkaut milik syarikat bagi mengeluarkan mangsa,” katanya.

Jurucakap itu berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi bedah siasat.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Oleh Raihan Omera Kausar

Continue Reading

Previous: Dilibas tali kapal tongkang, pekerja kapal disahkan meninggal dunia
Next: 18 pintu bilik Rumah Danggat ranap dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.