Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua pekerja berdepan detik cemas, lori terbakar di Selangau-Tatau
  • KEBAKARAN

Dua pekerja berdepan detik cemas, lori terbakar di Selangau-Tatau

Utusan Sarawak 2 days ago

OPERASI…Pasukan Bomba menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran bahagian belakang lori dalam kejadian berlaku di simpang SK Sungai Anak Lebuh Raya Pan Borneo, Selangau – Tatau, awal pagi tadi.

SIBU: Seorang pemandu dan kelindannya berdepan detik cemas apabila lori yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar dalam kejadian di simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anak, Lebuh Raya Pan Borneo, Selangau-Tatau, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera penyelamat Bomba (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 5.40 pagi.

“Komander Operasi melaporkan berlaku kebakaran melibatkan sekitar 40 peratus bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan besi, dipercayai berpunca daripada bahagian brek dan tayar.

“Menurut maklumat daripada pemandu lori, beliau bersama kelindan telah berusaha memadamkan kebakaran menggunakan dua unit alat pemadam api, namun api masih gagal dipadam,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memadamkan kebakaran sepenuhnya.

“Operasi memadam kebakaran tamat pada jam 6.35 pagi,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kilang papan lapis di Taman Tunku musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.