Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua pegawai polis ditembak dalam protes
  • GLOBAL

Dua pegawai polis ditembak dalam protes

Utusan Sarawak 5 years ago
AWASI KAWASAN… Polis berjaga susulan tunjuk perasaan di jalanan pertahankan kematian Taylor. • Foto AFP

LOUISVILLE: Dua anggota polis ditembak ketika berlakunya tunjuk perasaan mempertahankan kematian wanita kulit hitam, Breonna Taylor, semalam.

Ketua Polis interim, Robert Schroeder, berkata

dua anggota terbabit kini sedang dirawat di hospital dengan seorang daripadanya sudah stabil manakala seorang lagi sedang dipantau rapi.

Tunjuk perasaan itu diadakan selepas pihak berkuasa hanya mendakwa seorang sahaja polis yang terbabit dalam insiden menembak mati Breonna, pada Mac lalu.

Taylor menjadi simbol pergerakan ‘Black Lives Matter’ dan penunjuk perasaan menggesa supaya sebarang bentuk penindasan oleh polis, dihentikan.

Taylor mati ditembak apabila tiga pegawai polis berpakaian biasa melakukan penggeledahan tanpa mengetuk pintu dan waran, bertindak menyerbu kediamannya pada lewat malam.

Kejadian itu menyebabkan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di New York, Boston, Washington dan Los Angeles menuntut keadilan untuk Taylor.

Presiden Donald Trump yang berkempen dalam pilihan raya di atas platform undang-undang dan ketenteraman, turut membuat ciapan di akaun Twitter rasminya, mendoakan kesihatan dua anggota polis yang cedera ditembak.

“Kerajaan berdiri teguh di belakang anda dan sedia membantu,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Tegas tangani ancaman keselamatan rakyat
Next: Wartawan ditemui meninggal dunia dalam kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.