Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua mekanik di Miri tertipu, RM86,000 lesap sekelip mata
  • JENAYAH

Dua mekanik di Miri tertipu, RM86,000 lesap sekelip mata

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima dua  laporan kes penipuan membabitkan modus operandi menyamar sebagai pegawai polis dan penipuan e-dagang melibatkan kerugian RM86,000.

Ketua Polis Daerah,  ACP Mohd Farhan Lee Abdullah menerusi satu kenyataan petang tadi  mengesahkan semalam pihaknya telah menerima dua laporan polis berasingan yang dibuat dua lelaki tempatan.

“Kes pertama, mekanik berusia lingkungan 30an telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mendakwa dari IPD Perlis pada 24 Julai lalu sekitar 12.00 tengah hari.

“Mangsa diberitahu namanya terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang lagi lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari IPD Kuala Lumpur.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengeluarkan wang dari akaun banknya dan memindahkannya ke satu akaun pihak ketiga yang diberikan suspek,” katanya.

Mohd Farhan berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas curiga dengan permintaan itu lalu tampil membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa kerugian RM79,000 akibat terpedaya dengan suspek.

Manakala dalam kes kedua, beliau berkata mangsa yang juga merupakan seorang mekanik berusia lingkungan 20an telah melayari akaun Facebook pemilik ‘Yen Ni’ memaparkan iklan penjualan kereta murah yang ditarik  balik pihak bank.

Katanya, mangsa berminat dan memulakan hubungan dengan suspek melalui Facebook Marketplace, sebelum urusan dibuat melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa berurusan  dengan suspek yang mendakwa sebagai wakil Sabrina Motor Group di Bintulu kemudian menghantar pautan laman web (https://sabrinamotorsgroup.com) kepada mangsa yang memaparkan imej Toyota Harrier 2016 berwarna hitam.

“Mangsa menyatakan berminat untuk membeli kereta tersebut dan dia diminta untuk membuat pembayaran deposit serta proses penukaran nama pemilik kenderaan.

“Mangsa hanya sedar dirinya telah ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran dengan tujuan yang tidak munasabah,”katanya.

Dalam kejadian itu, katanya mangsa mengalami kerugian RM7,000.

Kedua-dua kes ini  disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rampasan RM3.07 juta syabu, dua suspek ditahan operasi khas di Kuching
Next: RM385,000 lesap gara-gara ‘polis’ palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.