Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua maut, sembilan cedera dalam nahas van dan pacuan empat roda di Skrang
  • KEMALANGAN

Dua maut, sembilan cedera dalam nahas van dan pacuan empat roda di Skrang

Utusan Sarawak 19 hours ago

KEMALANGAN maut melibatkan sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda di hadapan Klinik Skrang, tengah hari tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak.

SKRANG: Dua lelaki maut manakala sembilan yang lain cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda di hadapan Klinik Skrang, tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 11.59 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang diketuai Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan I Fhazil Abang Abdul Manaf digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 23 kilometer.

PGO berkata, kemalangan membabitkan sebuah van yang membawa lapan penumpang dengan sebuah Toyota Land Cruiser yang dinaiki tiga sekeluarga.

“Dua lelaki dewasa dari van disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM), manakala enam lagi penumpang cedera parah dan dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut.

FOTO: PGO Bomba Sarawak
FOTO: PGO Bomba Sarawak

“Tiga mangsa dalam Land Cruiser iaitu seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.

Operasi menyelamat turut melibatkan pasukan KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pasukan bomba menamatkan operasi sepenuhnya pada 1.25 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Muhammad Badrulamin Mohamad Fodzi turut berada di lokasi bagi memantau operasi menyelamat.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Warga emas maut kemalangan motosikal, kereta di Sarikei
Next: Dua maut, sembilan cedera kemalangan di hadapan Klinik Skrang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.