Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut selepas pesawat kargo tergelincir dari landasan di Hong Kong
  • GLOBAL

Dua maut selepas pesawat kargo tergelincir dari landasan di Hong Kong

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan… Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong.

Hong Kong, China: Dua orang maut selepas sebuah pesawat kargo yang mendarat di sini dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan darat sebelum tergelincir dari landasan dan terjunam ke dalam laut awal pagi tadi, menurut pihak berkuasa.

Menurut kenyataan media Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong, pesawat kargo jenis B744 yang tiba dari Emiriah Arab Bersatu telah menyimpang dari Landasan Utara selepas mendarat dan terjatuh ke dalam laut.

“Maklumat awal menunjukkan bahawa keempat-empat anak kapal telah berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital, manakala dua kakitangan darat turut terjatuh ke laut,” tambah jabatan itu.

Pihak berkuasa berkata pesawat tersebut dipercayai melanggar sebuah kenderaan darat, yang kemudiannya turut terhumban ke dalam laut.

Seorang lelaki berusia 30 tahun yang berada dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi lelaki berusia 41 tahun meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

Landasan Utara lapangan terbang telah ditutup sementara pagi tadi, manakala dua lagi landasan masih beroperasi seperti biasa. -AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi sederhana landa Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.