Dua maut, lori dinaiki langgar belakang treler 

Facebook
WhatsApp

MIRI: Dua lelaki maut apabila lori kargo yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah lori treler yang parkir di bahu jalan dalam kejadian di Jalan  Jalan Pan Borneo Bintulu – Miri, berhampiran Ladang Tiga, Suai, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 2.37 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi yang terletak  kira-kira 28 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, terdapat kemalangan  melibatkan sebuah lori kargo dan sebuah  lori treler di mana lori kargo tersebut telah merempuh bahagian belakang lori treler yang diparkir di bahu jalan dan mengakibatkan dua mangsa lelaki tersepit pada bahagian hadapan lori kargo tersebut.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya.

Mangsa maut dikenali sebagai Bonaventure Jimmat, 31, dan Keeshen Marks Donald Bujang Nasil,26.

Jenazah kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.