Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua maut kemalangan lori di simpang Sungai Asap
  • KEMALANGAN

Dua maut kemalangan lori di simpang Sungai Asap

Utusan Sarawak 20 hours ago
ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan tersebut. Foto BBP Belaga

BINTULU: Dua lelaki maut selepas lori tiga tan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori lima tan membawa muatan batu di simpang Sungai Asap di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.34 pagi sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 85 kilometer.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tiga tan yang tidak membawa muatan bertembung dengan lori lima tan membawa muatan batu, menyebabkan lori tiga tan terbalik dan dua individu tersepit di dalamnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KEADAAN lori tiga tan yang remuk selepas bertembung dengan lori lima tan di simpang Sungai Asap, Bintulu. Foto BBP Belaga

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) seterusnya menggunakan jentolak bagi mengalihkan kedudukan lori yang terbalik sebelum berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa.

Mangsa, Ling Kwan Hian dan Nicholas Sigo, masing-masing berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, pemandu lori lima tan didapati tiada di tempat kejadian semasa pasukan penyelamat tiba.

Kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.48 petang.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu lori cedera dalam kemalangan di Jalan Tulai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.