Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua maut, dua cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
  • KEMALANGAN

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGGOTA Bomba berusaha mengeluarkan mangsa. Foto Bomba Sarawak.

SIBURAN: Dua individu disahkan maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo, Kampung Keru, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.40 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan tiba di lokasi pada 6.20 pagi, selepas menempuh jarak sejauh 35 kilometer.

Menurut Komander Operasi, PBK II (TBK I) Mustakim, kemalangan tersebut melibatkan sebuah Proton Iswara, Proton Exora dan Perodua Myvi, dengan keseluruhan empat mangsa berada di lokasi kejadian.

ANGGOTA Bomba berusaha mengeluarkan mangsa. Foto Bomba Sarawak.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, masing-masing seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa, manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan Perodua Myvi menggunakan peralatan khas ResQtec.

Mangsa wanita yang berjaya dikeluarkan dalam keadaan cedera telah dibawa oleh pasukan EMRS Siburan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa lelaki dewasa yang turut tersepit disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

KEMALANGAN melibatkan tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo, Kampung Keru, awal pagi tadi. Foto Bomba Sarawak

Seorang lagi mangsa, iaitu pemandu Proton Iswara, dilaporkan berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Mangsa mengalami luka koyakan di bahagian mulut serta patah pada bahagian kaki dan telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Umum Sarawak.

Mangsa keempat, seorang wanita dewasa yang menaiki Proton Exora dan tidak tersepit, turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Operasi menyelamat yang melibatkan seramai lapan anggota bomba dengan kekuatan satu jentera LFRT dan satu EMRS itu tamat sepenuhnya pada 8.44 pagi selepas semua mangsa diserahkan kepada pihak berkaitan dan mangsa cedera dihantar ke hospital.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kenderaan pacuan empat roda jatuh gaung, warga emas lelaki maut
Next: Dua lelaki maut tersepit bawah lori muatan batu di Bukit Mambong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.