Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua maut dalam kemalangan motosikal dan kereta di Bintangor
  • KEMALANGAN

Dua maut dalam kemalangan motosikal dan kereta di Bintangor

Utusan Sarawak 7 hours ago

KEMALANGAN maut berlaku di Jalan Skim B Bintangor sekitar 4.00 pagi tadi.

BINTANGOR: Dua individu maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Skim B Bintangor sekitar 4.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering, kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Preve dari arah Sarikei menuju ke Jalan KJD telah melanggar sebuah motosikal Yamaha 125 yang dipercayai terlibat dalam kemalangan lebih awal dan terbaring di atas jalan.

“Siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng motosikal tersebut berada di atas jalan selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan lebih awal sebelum dilanggar oleh motokar terbabit. 

“Keadaan jalan yang gelap tanpa lampu serta jarak penglihatan yang terhad turut menjadi faktor kejadian,” katanya.

Penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sarikei.

Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: 2 maut, 27 cedera selepas bas terjunam ke dalam gaung di selatan Filipina
Next: Seorang rakyat Malaysia disahkan maut dalam tragedi feri karam di Selat Bali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.