
ROM: Dua maut dalam kejadian runtuhan salji di kawasan pergunungan Alps Itali pada Rabu selepas kepingan salji besar runtuh di Wilayah Valtellina, berhampiran sempadan Switzerland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Memetik perkhidmatan menyelamat gunung pada Rabu, media tempatan melaporkan mangsa yang maut merupakan seorang wanita berusia 28 tahun dan seorang lelaki berusia 33 tahun, yang mana kedua-duanya menetap di Itali.
Risiko runtuhan salji di pergunungan Alps telah meningkat sejak beberapa minggu lepas.
Pihak berkuasa tempatan di Austria, Perancis, Switzerland serta Itali melaporkan beberapa kematian akibat runtuhan salji dan menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada ketika melakukan aktiviti sukan di kawasan pergunungan.
Pihak berkuasa tempatan di Austria, Perancis, Switzerland serta Itali melaporkan beberapa kematian akibat runtuhan salji dan menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada ketika melakukan aktiviti sukan di kawasan pergunungan. – Bernama