NEW YORK: Dua mati dan kira-kira 14 lain cedera selepas satu kejadian tembakan di sebuah pesta di belakang rumah pada awal pagi semalam di Rochester, bahagian utara New York, Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan.
Seorang lelaki dan wanita berusia antara 18 dan 22 tahun meninggal dunia dalam kejadian itu, kata ketua polis sementara, Mark Simmons, sambil menambah bahawa mereka cedera telah dibawa ke dua hospital yang berlainan tanpa ada kecederaan yang mengancam nyawa dilaporkan.
“Tampaknya ada semacam pesta di halaman belakang rumah yang tidak disedari oleh pihak polis, sehinggalah menerima panggilan 911 supaya datang disebabkan tembakan yang dilepaskan,” kata Simmons.
“Ini benar-benar tragedi yang menyayatkan,” kata pemangku ketua polis itu.
Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. – Bernama