Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua mangsa hilang selepas bot karam di perairan Kampung Pueh
  • TEMPATAN

Dua mangsa hilang selepas bot karam di perairan Kampung Pueh

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEADAAN laut bergelora dan suasana gelap, operasi pencarian ditangguhkan malam ini dan akan disambung semula pada keesokan hari. Foto BBP Lundu

SEMATAN: Dua individu dilaporkan hilang selepas bot berwarna oren yang dinaiki mereka karam di perairan Kampung Pueh, di sini, petang tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 7.00 malam memaklumkan kejadian berkenaan.

Pasukan dari BBP Lundu yang diketuai oleh PBK I Joseph Dhea bersama dua anggota digerakkan ke lokasi menggunakan jentera pacuan empat roda jenis Hilux dan tiba di lokasi sekitar 8.48 malam.

KEADAAN laut bergelora dan suasana gelap, operasi pencarian ditangguhkan malam ini dan akan disambung semula pada keesokan hari. Foto BBP Lundu

Siasatan awal mendapati bot tersebut karam di kawasan perairan berhampiran pantai Kem Belia Pueh dan pantai Mangrove Resort Pueh. Penduduk kampung turut menjalankan usaha pencarian awal, namun tiada mangsa ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai oleh 10 anggota dari agensi lain termasuk tiga anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dua anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sematan, selain bantuan kira-kira 20 penduduk kampung.

Berikutan keadaan laut bergelora dan suasana gelap, operasi pencarian ditangguhkan malam ini dan akan disambung semula pada keesokan hari.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Masyarakat diingat sentiasa peka terhadap amaran cuaca, keselamatan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.