Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Dua Lipa sues Samsung in US over use of her likeness on TV box
  • HIBURAN

Dua Lipa sues Samsung in US over use of her likeness on TV box

Utusan Sarawak 2 hours ago
BINTANG pop, Dua Lipa.

NEW YORK, Amerika Syarikat: Bintang pop, Dua Lipa, memfailkan saman terhadap Samsung atas dakwaan pelanggaran tanda dagangan selepas konglomerat Korea Selatan itu didakwa menggunakan gambar penyanyi berkenaan secara tidak sah untuk meningkatkan jualan televisyen di Amerika Syarikat.

Peguam yang mewakili Lipa memfailkan saman itu pada Jumaat di sebuah mahkamah di California, Amerika Syarikat, dengan mendakwa berlaku “eksploitasi komersial besar-besaran, berterusan dan tanpa kebenaran terhadap imej serta rupa beliau yang bernilai oleh Samsung pada kotak televisyen.”

Samsung dalam satu kenyataan berkata, imej bintang pop itu dibekalkan oleh rakan kandungan pihak ketiga bagi perkhidmatan penstriman percuma milik syarikat itu, Samsung TV Plus.

“Imej itu digunakan hanya selepas menerima jaminan jelas daripada rakan kandungan bahawa kebenaran telah diperoleh, termasuk bagi penggunaan pada kotak jualan runcit,” menurut kenyataan tersebut.

Syarikat itu turut memaklumkan bahawa pihaknya “secara aktif berusaha dan kekal terbuka untuk mencapai penyelesaian konstruktif bersama pasukan Cik Lipa.”

Dokumen mahkamah itu turut menyertakan gambar kotak televisyen definisi tinggi yang memaparkan beberapa imej pada skrin televisyen, termasuk imej terbesar yang menunjukkan sebahagian wajah Lipa.

Foto bertajuk Dua Lipa – Backstage at Austin City Limits, 2024 itu didaftarkan dengan pejabat hak cipta Amerika Syarikat dan dimiliki oleh Lipa, menurut saman berkenaan.

Saman itu turut menyenaraikan pelbagai kerjasama komersial Lipa, termasuk sebagai duta jenama global untuk Puma, kempen bersama Versace dan Yves Saint Laurent, selain kerjasama dengan Porsche, Apple, Chanel, Nespresso, Bvlgari dan Tiffany & Co..

“Cik Lipa amat selektif dalam kerjasama komersialnya dan telah membina jenama premium menerusi penajaan serta sokongan eksklusif yang dipilih dengan teliti,” menurut saman itu.

“Selaras dengan strategi tersebut, plaintif tidak akan bersetuju untuk melesenkan nama, imej atau rupanya berkaitan penjualan produk yang melanggar hak berkenaan.”

Saman itu menyenaraikan lapan kesalahan sivil, termasuk pelanggaran hak publisiti, pencabulan hak cipta dan sokongan palsu.

Aduan tersebut menuntut injunksi kekal serta pampasan tidak kurang daripada AS$15 juta bagi ganti rugi sebenar dan ganti rugi punitif. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Festival Filem Cannes dibuka, berdepan cabaran AI dan Hollywood

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.