Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki warga emas ditahan berkaitan judi ekor
  • JENAYAH

Dua lelaki warga emas ditahan berkaitan judi ekor

Utusan Sarawak 13 hours ago
TANGKAPAN JUDI… Dua suspek terlibat kes judi nombor ekor ditangkap dan kes disiasat dibawah dibawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

LAWAS: Dua kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 telah dikenakan ke atas dua warga emas yang terlibat dalam aktiviti judi nombor ekor di Lawas semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata suspek pert ama berusia 62 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sundar Lawas, dalam operasi 3.20 petang.

“Dalam serbuan itu kita berjaya merampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan perjudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam operasi berasingan di kawasan Lawas, katanya seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun turut ditahan di syaki terlibat dalam kegiatan perjudian empat nombor ekor.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai untuk dijadikan barang kes. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau,” katanya lagi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: IPD Kuching jalankan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah
Next: Kurier bawa cecair ganja RM586,500, disyaki laluan sindiket

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.