Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah di Lawas
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah di Lawas

Utusan Sarawak 3 hours ago
DUA TANGKAPAN… Dua lelaki tempatan positif dadah ditahan bersama dadah di Lawas, semalam. Foto IPD Lawas

LAWAS: Operasi Tapis Khas di sini menyaksikan dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, memberitahu bahawa lelaki pertama ditangkap selepas cuba melarikan diri apabila kenderaan dinaikinya diberhentikan di tepi Jalan Simpang Ladang Sundar, semalam.

“Suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun, bekerja sebagai buruh, melarikan diri ke dalam ladang tetapi berjaya ditahan oleh anggota serbuan.

“Pemeriksaan badan menemui satu paket plastik yang mengandungi dua paket kecil berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 25 gram. Turut dirampas lima straw dan 47 paket plastik kosong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DUA TANGKAPAN… Dadah yang dirampas di Lawas, semalam. Foto IPD Lawas

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan rekod lampau mendapati suspek tiada sebarang kesalahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu, dalam operasi berasingan semalam di rumah tanpa nombor di Jalan Lawas Damit, sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun, yang juga bekerja sebagai buruh.

Hasil pemeriksaan di lokasi tidak menjumpai sebarang barang salah. Namun, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.  

Semakan rekod lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Op Layar: SPRM beku 21 akaun, sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.