Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan, positif dadah di Lawas
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan, positif dadah di Lawas

Utusan Sarawak 2 hours ago
POSITIF DADAH… Dua lelaki tempatan ditahan dan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di Jalan Punang, Lawas. Foto IPD Lawas

LAWAS: Dua lelaki tempatan ditahan setelah didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di Jalan Punang.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 40 dan 37 tahun yang menaiki kereta telah ditahan pada 11.15 pagi, bertempat di Jalan Punang.

“Kedua-duanya bekerja sendiri. Pemeriksaan badan dan kenderaan tidak menjumpai barang salah atau dadah.

Walau bagaimanapun hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan kesalahan lampau mendapati seorang mempunyai dua kesalahan lampau dan seorang lagi mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga suspek ditahan dalam Ops Bersepadu di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.