Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah

Utusan Sarawak 9 hours ago
KETUA Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie.

SARATOK: Dua lelaki tempatan ditahan dalam satu Operasi Tapis Khas yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi yang dijalankan antara 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu diketuai oleh Inspektor Hendry bersama pasukan Task Force Khas Op Tapis hasil daripada maklumat awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Saratok.

DUA lelaki tempatan berusia 27 dan 36 tahun itu telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Foto IPD Saratok

“Hasil serbuan dan pemeriksaan, dua lelaki tempatan berusia 27 dan 36 tahun itu telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 

“Kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Saratok untuk ujian saringan air kencing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mathew, hasil ujian menunjukkan kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Suspek pertama berusia 27 tahun turut mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Manakala suspek kedua berusia 36 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan serta jaringan pengedaran,” jelas Mathew.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penagihan atau pengedaran dadah bagi membantu pihak polis membanteras gejala tersebut di Daerah Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Operasi bersepadu IPD Betong gempur jenayah dan mat rempit, 37 individu diperiksa
Next: Polis tahan lelaki warga asing terlibat dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.