Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dalam kes penipuan komersial
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dalam kes penipuan komersial

Utusan Sarawak 6 hours ago

Dua lelaki tempatan di Saratok dan Kabong selepas disyaki terbabit sebagai akaun keldai dalam beberapa kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian puluhan ribu ringgit. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan di Saratok dan Kabong selepas disyaki terbabit sebagai akaun keldai dalam beberapa kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian puluhan ribu ringgit di pelbagai negeri.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan pertama dilakukan sekitar 2.00 petang semalam di Saratok, melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan telefon dengan jumlah kerugian RM23,050.

“Hasil siasatan mendapati suspek pernah membuka akaun di Bank Simpanan Nasional (BSN) semasa menerima biasiswa dan mendakwa kad ATM miliknya telah hilang. 

“Suspek juga menafikan mengenali mangsa bernama Nur Irdina Aripin serta tidak pernah menyerahkan kad ATM tersebut kepada sesiapa,” katanya.

Menurut beliau, suspek pertama telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Tangkapan kedua pula dibuat pada hari ini sekitar 11.30 pagi di Kabong, melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga disyaki bertindak sebagai akaun keldai dalam tiga kes penipuan di Sabah, Selangor dan Johor.

“Siasatan mendapati akaun Ambank milik suspek digunakan untuk menerima wang berjumlah RM63,314.12 hasil kegiatan penipuan di tiga kontinjen berbeza,” jelas Mathew.

Tambahnya, suspek mengaku menyerahkan kad ATM akaun tersebut kepada rakan sekerja atas alasan untuk kegunaan gaji, namun tidak mengetahui tentang kemasukan sejumlah wang ke akaun miliknya.

Kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu, dan masing-masing telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah proses siasatan dan pengambilan cap jari selesai.

Mathew turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyerahkan maklumat perbankan atau kad ATM kepada mana-mana individu bagi mengelakkan disalah guna oleh sindiket penipuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kuching woman loses RM56,000 in phone scam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.