Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua lelaki, seorang wanita cedera kereta jatuh gaung di Jalan Long Loyang
  • KEMALANGAN

Dua lelaki, seorang wanita cedera kereta jatuh gaung di Jalan Long Loyang

Utusan Sarawak 16 hours ago
JATUH GAUNG…Keadaan kenderaan yang terbabas dan jatuh gaung di Jalan Long Loyang di sini, malam tadi.
 

MIRI: Dua lelaki dan seorang wanita cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jalan Long Loyang, di sini, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 9.40 malam, memaklumkan berlakunya kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang telah terjatuh ke dalam gaung.

Difahamkan, seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan, mengalami kecederaan namun berada dalam keadaan sedar semasa laporan diterima.


Jarak perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa selama 5 jam dengan menggunakan jalan balak.

“Maklumat diterima terdapat tiga mangsa terlibat iaitu dua lelaki dan seorang wanita.

“Dua mangsa lelaki yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Long Lama untuk rawatan awal manakala mangsa wanita masih berada di dalam kenderaan.

“Menurut petugas Klinik Kesihatan Long Loyang, maklumat diterima dari orang awam yang berada di lokasi, usaha mengeluarkan seorang lagi mangsa dari kenderaan masih dilakukan,” katanya.

Katanya, sebaik pasukan keluaran operasi tiba di Pasar Lapok, mereka menerima maklumat daripada ibu kepada mangsa wanita yang memaklumkan bahawa anaknya telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar menggunakan kenderaan persendirian ke Hospital Beluru untuk mendapatkan rawatan.

Tiada kerja-kerja penyelamatan dijalankan dan operasi ditamatkan pada 4.00 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lima cedera, pemandu tersepit kemalangan di Simpang Debak
Next: Mayat warga emas hilang ketika memukat udang ditemui terapung di Perairan Labuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.