Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki positif syabu ditahan di Bau
  • JENAYAH

Dua lelaki positif syabu ditahan di Bau

Utusan Sarawak 5 hours ago
DUA lelaki ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bau. Foto IPD Bau

BAU: Dua lelaki ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bau, hari ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan Polis Daerah Bau, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 1.20 tengah hari di Pejabat BSJND Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau selepas menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek pertama merupakan lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai buruh kasar manakala suspek kedua ialah remaja lelaki berusia 17 tahun yang bekerja mencuci kereta.

“Kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam laporan tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, kedua-dua suspek mengaku kali terakhir mengambil syabu sehari sebelum ditahan.

Tiada rampasan dadah dilakukan dalam operasi berkenaan dan kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi tindakan lanjut.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Meradong ambil tindakan terhadap motosikal ubah suai dan ekzos bising
Next: Kes pukul guna kayu berakhir tragedi, mangsa meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.